Published on May 12th, 2008 in
Telefon
Sony Ericsson mengumumkan keupayaan telefon bimbit kandi bar terkininya iaitu G502 yang memberikan capaian Internet di mana saja dengan tawaran harga berpatutan.

Ia diperkasakan oleh capaian di atas rangkaian paket muat turun berkelajuan tinggi (HSDPA) sekali gus menawarkan kemudahan Internet dengan lebih pantas untuk pengguna sibuk dan mahukan peranti yang sentiasa dipercayai untuk dibawa bersama. Baca seterusnya »

Penyedia perkhidmatan telefon Internet, Skype memperkenalkan kadar rata untuk pelan panggilan tanpa had ke nombor talian tetap di 34 negara seluruh dunia.
Pilihan baru untuk melanggan itu tidak terikat de ngan kontrak jangka panjang dan caj maksimumnya ialah RM48.61 (EUR9.95) sebulan.
Pengguna di Eropah boleh membuat panggilan ke mana-mana talian tetap di 34 negara di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia pada harga RM43.73 (EUR8.95) sebulan, sementara pelanggan di Amerika Syarikat boleh mendapat faedah seru pa dengan kadar RM33.96 (EUR6.95) sebulan.
Menurut Naib Presiden merangkap Pengurus Besar Telekom, Skype, Stefan Oberg yang dipetik majalah online Telecom.com, pengguna hanya perlu menggunakan langganan Skype un tuk membuat panggilan ke seluruh dunia.
“Sekiranya anda mempunyai rakan atau keluarga yang berada di lokasi berbeza di seluruh dunia, itu adalah satu kelebihan kerana anda boleh membuat pang gilan tanpa had pada kadar serendah EUR8.95 sebulan,” katanya.
Menurut Oberg, jika melihat kepada pelbagai ciri percuma lain yang ditawarkan oleh Skype seperti pesanan segera (IM), panggilan bersidang, panggilan video dan sebagainya lagi adalah sukar untuk mendapat alternatif lebih baik dari itu. -HMetro
Published on April 26th, 2008 in
Telefon
Nokia sekali lagi dengan bangganya mengumumkan telefon bimbit mewah model 8800 Sapphire Arte, yang membawa ciri rekaan semula jadi serta disudahkan dengan mutu seni pertukangan berkualiti.Dibina daripada material berkualiti tinggi, ia memaparkan pengunaan material berteraskan kulit dan batu nilam.

Lebih menarik butang pilihan model telefon tersebut memperlihatkan pengunaan batu nilam sebagai material binaan.
Bahagian panel telefon tersebut pula diperbuat daripada kulit premium yang hanya boleh didapati dari bahagian timur India. Baca seterusnya »
Syarikat perisian terbesar dunia, Microsoft Corp melancarkan kemas kini terkini platform perisian Windows Mobile dengan menumpukan kepada pembuatan sistem operasi yang lebih intuitif dan mudah dicapai.
Windows Mobile 6.1 memiliki beberapa pengemaskinian utama yang mana tindakan itu dilaksanakan berdasarkan maklum balas pelanggan termasuk penambahbaikan untuk menjadikan maklumat paling kritikal mudah dicapai.
Panel maklumat sistem yang bergerak (skrol) di semua arah membenarkan pengguna sentiasa dikemaskinikan dan boleh berkongsi maklumat dari satu lokasi dengan hanya mengimbas dan bertindak ke atas notifikasi seperti terlepas panggilan, temu janji dan mesej baru di atas skrin selain memainkan semula muzik dan berkongsi foto. Baca seterusnya »