Archive for May, 2008

Sony Ericsson G502

Sony Ericsson mengumumkan keupayaan telefon bimbit kandi bar terkininya iaitu G502 yang memberikan capaian Internet di mana saja dengan tawaran harga berpatutan.

Ia diperkasakan oleh capaian di atas rangkaian paket muat turun berkelajuan tinggi (HSDPA) sekali gus menawarkan kemudahan Internet dengan lebih pantas untuk pengguna sibuk dan mahukan peranti yang sentiasa dipercayai untuk dibawa bersama. Read the rest of this entry »

Skype - panggilan tanpa had

Penyedia perkhidmatan telefon Internet, Skype memperkenalkan kadar rata untuk pelan panggilan tanpa had ke nombor talian tetap di 34 negara seluruh dunia.

Pilihan baru untuk melanggan itu tidak terikat de ngan kontrak jangka panjang dan caj maksimumnya ialah RM48.61 (EUR9.95) sebulan.

Pengguna di Eropah boleh membuat panggilan ke mana-mana talian tetap di 34 negara di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia pada harga RM43.73 (EUR8.95) sebulan, sementara pelanggan di Amerika Syarikat boleh mendapat faedah seru pa dengan kadar RM33.96 (EUR6.95) sebulan.

Menurut Naib Presiden merangkap Pengurus Besar Telekom, Skype, Stefan Oberg yang dipetik majalah online Telecom.com, pengguna hanya perlu menggunakan langganan Skype un tuk membuat panggilan ke seluruh dunia.

“Sekiranya anda mempunyai rakan atau keluarga yang berada di lokasi berbeza di seluruh dunia, itu adalah satu kelebihan kerana anda boleh membuat pang gilan tanpa had pada kadar serendah EUR8.95 sebulan,” katanya.

Menurut Oberg, jika melihat kepada pelbagai ciri percuma lain yang ditawarkan oleh Skype seperti pesanan segera (IM), panggilan bersidang, panggilan video dan sebagainya lagi adalah sukar untuk mendapat alternatif lebih baik dari itu. -HMetro