Sony Ericsson G502

Sony Ericsson mengumumkan keupayaan telefon bimbit kandi bar terkininya iaitu G502 yang memberikan capaian Internet di mana saja dengan tawaran harga berpatutan.

Ia diperkasakan oleh capaian di atas rangkaian paket muat turun berkelajuan tinggi (HSDPA) sekali gus menawarkan kemudahan Internet dengan lebih pantas untuk pengguna sibuk dan mahukan peranti yang sentiasa dipercayai untuk dibawa bersama.

G502 memiliki versi Google Maps terkini untuk telefon bimbit membenarkan imej peta berkualiti tinggi melalui pandangan satelit serta navigasi sepenuhnya dengan sistem peletakan global (GPS) jika aksesori HGE-100 ditambah.

Bagi model ini, ia mempunyai keupayaan melayari e-mel yang dirangkaikan dari akaun pengguna serta menyokong perisian Exchange ActiveSync sedia dipasang bagi tujuan keselamatan.

Telefon bimbit pintar ini yang menggunakan rangkaian GSM/GPRS/EDGE 900/1800/1900 dan UMTS/HSDPA 2100 mampu didapati dengan dua warna iaitu hitam dan kuning. Cari pada suku kedua tahun ini.-HMetro

Spesifikasi

  • PRODUK: Sony Ericsson G502
  • HARGA: Tidak diperoleh
  • RANGKAIAN: GSM/GPRS/EDGE 900/1800/1900 dan UMTS/HSDPA 2100
  • MASA BERBUAL: 10 jam (GSM), 5 jam (UMTS)
  • MASA BERSEDIA: 340 (GSM), 365 (UMTS)
  • MUZIK: A2DP, Mega Bass, MP3/AAC, PlayNow, TrackID, radio FM
  • KAMERA: 2.0 megapiksel
  • SKRIN: 262,144 warna TFT
  • MEMORI: 32MB, Memory Stick Micro
  • INTERNET: Access NetFront
  • KOMUNIKASI: E-mel, Exchange ActiveSync, SMS, MMS
  • SAMBUNGAN: Bluetooth, USB
  • DIMENSI: 109 x 46 x 13.5mm
  • BERAT: 83.5gm

Add A Comment