
Penyedia perkhidmatan telefon Internet, Skype memperkenalkan kadar rata untuk pelan panggilan tanpa had ke nombor talian tetap di 34 negara seluruh dunia.
Pilihan baru untuk melanggan itu tidak terikat de ngan kontrak jangka panjang dan caj maksimumnya ialah RM48.61 (EUR9.95) sebulan.
Pengguna di Eropah boleh membuat panggilan ke mana-mana talian tetap di 34 negara di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia pada harga RM43.73 (EUR8.95) sebulan, sementara pelanggan di Amerika Syarikat boleh mendapat faedah seru pa dengan kadar RM33.96 (EUR6.95) sebulan.
Menurut Naib Presiden merangkap Pengurus Besar Telekom, Skype, Stefan Oberg yang dipetik majalah online Telecom.com, pengguna hanya perlu menggunakan langganan Skype un tuk membuat panggilan ke seluruh dunia.
“Sekiranya anda mempunyai rakan atau keluarga yang berada di lokasi berbeza di seluruh dunia, itu adalah satu kelebihan kerana anda boleh membuat pang gilan tanpa had pada kadar serendah EUR8.95 sebulan,” katanya.
Menurut Oberg, jika melihat kepada pelbagai ciri percuma lain yang ditawarkan oleh Skype seperti pesanan segera (IM), panggilan bersidang, panggilan video dan sebagainya lagi adalah sukar untuk mendapat alternatif lebih baik dari itu. -HMetro